Tips Membeli Gitar

7 11 2010

Korang tengok member main kat bilik masyuk, main kat pantai ramai awek datang tengok nyanyi sama. Tengok orang jamming pakai gitar letrik mcm best, nak try tapi segan. Timbul dalam diri korang perasaan nak beli gitar juga. Tapi korang tak tau macamana. Kat sini ada beberapa tips yg korang boleh guna untuk pilih gitar apa yg korang rasa nak beli.

Kira budget

wallet

Bukak buku bank, tengok ada berapa baki duit dalam bank, darab dengan 0.1, banyak itu lah budget yang anda harus guna… Walau pun penting sebenarnya untuk tidak over-spending, tapi tak payah la sampai kena kira macam tu.
Untuk permulaan aku cadangkan budget duit sekitar RM75-200. Tak perlu beli gitar mahal mahal dulu. Ada jugak yang berlagak terus sambar fender RM6K, chewah konon nak terus jadi power. Tak payah beli mahal-mahal sampai 4 5 ribu. Sebabnya; A) Mahal sangat, baik makan sedap atau sedekah kat orang susah, B) Mahal TAK semestinya elok. C) Korang akan lebih appreciate beli gitar yang lebih mahal dari first guitar SETELAH dah power main.
Tapi JANGAN terlalu sengkek. Kalau ada 20 inggit je aku nasihatkan sabar aje dulu. Kerja keras sikit lagi, kumpul lagi 55 inggit. Dah cukup duit baru sambung baca tutorial aku ni. Bukan apa, selalunya gitar yang murah ni (atau nama glamer gitar kapok) bahannya sangat murah – kayu getah dan gam gajah. Aku pernah beli gitar harga RM25 masa aku student. Kalau cium dalam hole gitar tu memang bau getah skrap. Cukup 3 bulan, neck melengkung, bridge tersembul. Padan muka aku.
Kesimpulan :Sediakan budget yang cukup.

Jenis Gitar

Ada pelbagai jenis gitar dan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Di sini aku nak bincang 3 jenis gitar yang paling umum iaitu electrical (gitar elektrik), acoustical (gitar akustik atau lebih popular dengan gitar kapok) dan classical (gitar klasik). Baca pro dan cons jenis-jenis gitar ini dan pilih gitar mengikut genre yang sesuai dengan muzik yang anda mahu mainkan.
A) Gitar Elektrik
electric-guitar

Seperti nama, gitar yang memerlukan elekrtik untuk berbunyi. (kalau takde letrik pun bunyi jugak, tapi bunyi macam nyamuk la) Kebanyakan genre lagu moden hari ini menggunakan gitar eletrik. Rock, Metak, Punk, Alternative, Blues, R&B misalnya antara genre yang tak sah kalau takde electric guitar.
Kelebihan gitar elektrik:
(i) Senang dimainkan kerana fretboard (fingerboard) yang kecil dan nipis serta lebar string yang lebih halus dari tali untuk gitar elektrik.
(ii) Skop music yang lebih luas kerana boleh ditambah dengan effect seperti distortion, reverb, delay, wah etc.
(iii) Banyak variasi bentuk gitar elektrik. Antara body type yang biasa dilihat seperti stratocaster dan telecaster type (Fender) atau Les Paul dan Fliying-V type (Gibson). Ada jugak gitar yang unik seperti double-neck (twin) guitar, 7-string guitar etc.
(iv) Mudah dari segi maintenance dan repair. Masalah yang selalu dialami oleh gitar elektrik seperti pickup tidak berfungsi, volume knob tak betul misalnya, selalunya kurang masalah body berbanding gitar akustik. Nak tukar electrical parts lebih mudah dan tidak mahal.
Kelemahan gitar elektrik:
(i) Kena ingat kalau nak beli gitar elektrik, kena beli jugak guitar amp. So kena masukkan amp dalam budget (rujuk “Kira Budget”). Bagaimanapun, guitar amp kecil (10W-30W) dalam lingkungan harga RM50-250 biasanya sudah cukup bagus untuk permulaan.
(ii) Guitar elektrik dan guitar amp adalah seperti irama dan lagu – tak dapat dipisahkan. Portable-wise, gitar elektrik bukan lah satu pilihan yang tepat seperti untuk bawak pegi pantai dengan member misalnya. Kena pikir jugak kat mana nak cucuk plug untuk amp.
(iii) Sesetengah gitar elektik terutama yang terlalu murah, mudah lari tune walaupun tak semua. Masalah lari tune adalah syarat wajib yang harus dielakkan semasa main gitar.
B) Gitar Akustik
acoustic-guitar

Juga merupakan jenis gitar yang popular. Di Malaysia gitar jenis ini lebih glamer dengan panggilan “gitar kapok” dan selalu dimainkan untuk “rock kapak”. Banyak orang yang tidak faham perbezaan antara akustik dan klasik. Perbezaan gitar akustik dengan gitar klasik antaranya terletak pada jenis tali (string) yang diguna. Tali gitar akustik adalah steel-base string manakala tali gitar classic (termasuk flamenco dan bossa-nova) menggunakan nylon-base string (tali 1-3 walaupun ada menggunakan steel, tapi disalut pada tali base nylon).
Kelebihan gitar akustik:
(i) Boleh dimainkan tanpa amp.
(ii) Boleh dibawa dan dimain di mana-mana (kecuali tempat-tempat tertentu seperti masjid, tanah perkuburan, musium dsbg.)
(iii) Walaupun tak perlu amp, bunyi yang keluar dari gitar akustik cukup kuat untuk main sambli nyanyi ramai ramai semasa berkelah misalnya, sebab gitar akustik pakai steel strings.
(iv) Variasi muzik yang luas dan selalunya gitar akustic “masuk” untuk dimainkan apa apa genre.
(v) Selalunya gitar akustik tidak mudah lari tune kerana lebar string yang lebih besar berbanding gitar eletrik kecuali masalah loose nut atau dimainkan dibawah pengaruh matahari atau pencahayaan yang kuat.
Kelemahan gitar akustik:
(i) Memerlukan penjagaan yang lebih dan kos repair yang agak mahal. (Kalau nak tahan lama la – sebab aku tengok ramai yang reti beli aje gitar tapi tak reti bela)
(ii) Believe it or not, secara purata gitar akustik lebih mahal terutama yang sudah dimasukkan ke kategori vintage seperti Martin Guitars.
(iii) Kebanyakan beginner give-up tengah jalan sebab alasan – susah nak main, tali keras, jari saya kecik, tekan tak kuat..
(iv) Sesetengah gitar mempunyai fretboard dan body yang besar.
(C) Gitar Klasik
classical_guitar

Konsep yang hampir sama dengan gitar akustik, tetapi menggunakan string nylon.
Kelebihan gitar klasik:
(i) Sesuai untuk lagu lagu klasik, spanish style flamenco, bossa nova dan fingerstyle-technique.
(ii) Tali nylon walaupun tebal, tetapi lembut dan mudah dimainkan. Justeru, sesuai untuk beginner.
(iii) Bunyi gitar yang lebih lembut dan romantik tapi passionate.
Kelemahan gitar klasik:
(i) Genre muzik yang agak terhad.
(ii) Jarak antara string dan antara fret yang besar, justeru fretboard yang lebih lebar. Gitar ini susah dimainkan oleh mereka yang mempunyai jari yang kecil dan comel.
(iii) Memerlukan penjagaan yang lebih dan kos repair yang agak mahal.
(iv) Kebanyakan gitar klasik yang elok mempunyai harga yang jauh lebih mahal dari akustik dan elektrik. Ada gitar vintage klasik yang mencecah jutaan RM.
Kesimpulan : Pilih gitar yang sesuah mengikut gaya, citarasa dan genre anda. Kalau masih belum pasti, aku nasihatkan cuba gitar akustik. Gitar akustik memang sukar dimain pada permulaan. Tetapi selepas banyakkan latihan, dan setelah biasa dengan gitar akustik, lepas tu 99.9% anda dijamin takde masalah untuk main gitar elektrik. Kalau biasa sangat main gitar lembut sekali kena akustik jari krem. Gunakan gauge yang lebih halus. Biasanya pada kotak set tali gitar akustik tu ada tulis “Heavy”, “Medium”, “Light”, “Extra Light” etc. Pilih tali “Extra Light”. Tali jenis ini lebih senang nak main. Cuma bunyinya tidak sekuat berbanding kalau guna medium atau heavy gauge strings. Pilih juga gitar yang mempunyai body yang lebih kecik seperti OOO- (triple O) type atau OO- (double O) type. Elakkan D-type atau Jumbo type.

Persediaan sebelum beli gitar

Dah cukup budget, dah tahu nak beli gitar jenis apa, sudah tiba masa untuk beli gitar… BELUM LAGI… masih ada persediaan yang perlu buat sebelum beli gitar.
GETTING READY
  1. Banyakkan pengetahuan gitar dulu. At least belajar pegang gitar, petik-petik sikit, belajar kod kod gitar etc. Kalau boleh pinjam gitar member dulu. Lebih baik, beli dulu buku panduan asas gitar. Ambil kelas gitar kalau perlu. Belajar melalui buku atau forum online sahaja tak cukup untuk belajar teknik yang betul.
  2. Try window shopping dulu. Pergi ke kedai gitar dekat tempat anda, “ushar” gitar gitar kat situ. Tengok brand gitar, dan kemasan (finishing) gitar tu, bandingkan dengan harga. Tengok gitar paling mahal, bandingkan dengan gitar yang lain yang lebih murah. Lagi banyak anda survey cara ini, lama kelamaan korang akan dapat feel kenapa gitar itu mahal kenapa gitar ni murah. Kenapa gitar ni walaupun nampak cam mahal tapi murah or vice versa. Cuba try kalau tak caya. Sembang-sembang dengan orang kedai tu, mana-mana lah tahu dapat info yang menarik, kenyit-kenyit sikit nanti manalah tahu kalau nak beli dapat murah (hanya sesuai untuk perempuan menggoda). Tapi useful tips; IGNORE annoying salesman…
  3. Mintak kebenaran cuba main gitar kat situ. Cakap secara jujur dengan tuan kedai, “Saya ni baru nak belajar main gitar, tapi datang sini bukan nak beli terus. Saya tengah pikir pikir try try feel ni gitar apa yang sesuai nak beli. Kalau gitar kat sini boleh memuaskan nafsu serakah saya nanti boleh la saya beli kat sini…” etc.. Keep in mind, kalau anda cakap tak nak beli, tapi orang kedai tu layan jugak maknanya kedai tu okay la. Berbanding kalau cakap tanak beli lagi tapi orang kedai layan cam pundek tu memang niat nak untung aje la kedai tu. Cari kedai lain.
  4. Survey gitar kat tempat tempat lain jugak.
  5. Survey harga gitar di Internet. Bandingkan dengan harga pasaran. Adakah lebih mahal atau lebih murah. Aku tak galakkan beli dari Internet. Memang lebih murah, tapi you never know what you’’ll get. So gunakan sebaik mungkin info yang ada kat internet seperti jenis kayu yang diguna untuk body, saiz fret, jenis pikap dan sebagainya.
TODAY WE BUY ONE!
  1. Ajak member yang biasa dengan gitar. Nanti member anda boleh tolong decide gitar mana yang sesuai. Juga untuk mengelakkan daripada korang kena tipu dengan salesman. Salesman biasalah kalau tanya gitar mana elok mesti tunjuk yang mahal aje..
  2. Cuba dulu gitar yang nak beli tu. Jangan tengok ambik terus bayar. Kalau gitar elektrik, try cucuk ke amp dulu. Pikap nye okey ke tak. Mintak orang kedai tunekan gitarnye, try petik tengok fretnye ade bunyi lari ke tak.
  3. Tanya warranty kalau ada. Warranty penting kalau kalau ada masalah dengan gitar tu nanti. Gitar yang ada brand seperti Fender, Gibson, Ibanez, Martin, Yamaha etc MESTI ada warranty card. Check dulu dengan kedai. Tengok jugak brand betul ke tak. Ada jugak gitar yang tengok dari jauh macam logo Fender, tapi kalau dah dekat dia tulis Tender. Gitar cilok memang takde jaminan la.
  4. Beli juga aksesori gitar seperti guitar case (soft case or hard shell case), guitar strap dan guitar strings set spare (Tali 1 hingga 6). Jika perlu boleh beli pic, guitar strap, guitar tuner etc. Tapi tak perlu berlebih lebih. Kalau rasa perlu nanti boleh beli lagi.
So sedikit sebanyak aku dah senaraikan list yang korang perlu timbang before beli gitar. Tak rugi tanya pendapat orang lain. Banyak lagi resource lain kat internet yang cerita tips dan panduan untuk beli gitar untuk beginner mahupun advanced guitarist.




Tips to Grow BIG

26 10 2010

Haha, I know, I know this post seems weird and also dirty, but what the heck right? I’ve found this article about a new found ways to increase female cup sizes. Yeap, that means getting them bigger!

If this really works then this is by far the safest, cheapest way to enlarge your breasts!  Just in case you haven’t heard, there is a ringtone created by a cognative scientist Hideto Tomabechi that can grow breasts just by listening to it.
The ringtone is called “Rockmelon”.  A woman listens to the 30sec ringtone 20 times a day for 10 consecutive days & this will supposedly grow your breasts by like an inch.
The idea behind this ringtone is a subliminal baby crying although you won’t hear the actual baby noises but the brain will interpret the sound as a baby crying. 

Source : hipgirlie
Download ringtone? rockmelon





Something to Ponder, For Couples

1 10 2010




015 – Tanda Lelaki Benar-benar Jatuh Cinta

29 09 2010

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejtkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. Khai dah 100% okie..

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA

Kepada semua wanita yang bertuah menerima cinta sebegini dari seorang lelaki Hargailah mereka seadaanya kerna jika seorang lelaki itu menangis ditinggalkan teman wanitanya, lihatlah, bertapa bodohnya wanita itu.

Taken from justkhai.com





A Meal on Sunrise

28 09 2010





Haha, suddenly I felt like bringing up something about cooking. and for I’m just a student with just access to a water heater, this meal is perfect for hostel students to have a great breakfast to start the day. and it’s not that hard to do.


Ingredients for a serving of 4

2 eggs
1/8 stalk celery, finely chopped
1/8 onion, finely chopped
20 ml mayonnaise
salt to taste
3/8 dash hot pepper sauce or chilli sauce should do good
paprika, for garnish (negligible)

1. Place eggs in a medium saucepan and cover with cold water. Bring water to a boil and immediately remove from heat. Cover and let eggs stand in hot water for 10 to 12 minutes. 
2.Remove from hot water, cool and peel.
3.Cut eggs in half. Remove yolks and place in a medium bowl. Mash together with celery, onion, mayonnaise,    salt and hot pepper sauce.
4.Stuff the egg white halves with the egg yolk mixture. Sprinkle eggs with paprika. Chill covered in the refrigerator until serving.

5.And there you go, ready to enjoy~!
Estimate preparation and cooking time, 30minutes.

Taken from AllRecipes





Taktik Penyamun

28 09 2010
Cara terbaru yang digunakan pencuri untuk memerangkap mangsanya.
Kes pertama, dengan mendatangi rumah dan mengatakan ada surat utk orang yg beralamat dirumah tersebut. Kawan- kawannya yang lain akan bersembunyi bg mengelakkan tuan rumah dpt melihatnya. Kes ini telah berlaku berhampiran dgn rumah saya. Rumahnya didatangi oleh lelaki yg tidak dikenali dengan mengatakan ada surat untuk Azhar…Tuan rumah (perempuan) tersebut hanya bercakap dengan lelaki ini melalui pintu rumahnya.Setelah hampir setengah jam berdebat dengan lelaki tersebut, tuan rumah ini memanggil jiran dibelakang rumahnya..Jirannya (Lelaki berbadan agak besar) bersemuka dengan lelaki tersebut melalui pintu pagar hadapan dan terperanjat apabila melihat disebalik tembok tersebut ada 2orang lelaki lagi. Setelah melihat jiran tuan rumah itu, lelaki tersebut berlalu pergi.
Kes ke-2 dimana punca bekalan air utama diluar rumah dimatikan .Pencuri menggunakan cara ini utk memerangkap mangsanya apabila tuan rumah tersebut ingin membuka semula paip air itu..
Kes ke-3, dengan menggunakan Tangisan bayi.Peluang pencuri adalah apabila tuan rumah tersebut cuba mencari punca tangisan bayi tersebut…
Kes Ke 4: dengan pujukrayu wanita.Pintu belakang rumah anda diketuk (biasanya tgh malam atau waktu pagi sebelum subuh), apabila pintu papan dibuka ada seorang wanita Indonesia muda merayu minta dibukakan pintu grill. Katanya dia lari daripada majikannya yg kejam. Dia merayu minta dikasihani, minta tinggal di rumah anda dan semua kerja dia akan buat percuma.Mujurlah ada seorang jiran nampak dan telefon, katanya dia nampak ada dua lelaki bersenjatakan parang sedang bersembunyi 5 ela daripada situ. Setelah tahu rancangan mereka cepat hubungi polis.Jgn cepat utk membuka pintu grill…..Kalau grill dibuka mereka akan serbu dan merompak..
Kes ke 5: Pili air anda di luar rumah sengaja dibuka….Jgn keluar utk menutupnya kecuali anda telah panggil jiran2 anda keluar bersama..Tolong sebarkan perkara ini untuk keselamatan kita semua.Kesemua kes tersebut berlaku sekitar jam 11.30 mlm dan ke atas.Jangan cuba keluar dari rumah sekiranye anda seorang berada dirumah.
Taken from Email.




Tips Tidur dalam Kereta

27 09 2010

Ramai orang mesti pernah terfikir benda ni dan mesti pernah buat benda ni. Tapi cuba bayangkan kalau kita terpaksa tidur dalam kereta buat masa yang lama, hidup dalam kereta misalnya selama sebulan kerana

a)lari dari rumah

b)roadtrip yang panjang

c)kena halau isteri

d)rumah kena lelong

e)saje2 suke

mesti korang rasa senang nak saving dari hotel, try tidur dalam kereta. Tapi xsemudah itu, macam2 perkara nak difikirkan salah satunya ialah NYAMUK, yes kat Malaysia ni nyamuk memang tak boleh nak dielakkan. Dan satu problem besar kat Malaysia ialah PANAS. unless korang tidur kat tanah tinggi.